Posts

Maksud Rukun Negara

Image
*Latar Belakang* Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.  Hasil daripada perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) bagi melicinkan pemerintahan negara MAGERAN yang dipimpin oleh YAB Tun Abdul Razak. MAGERAN terdiri daripada:- - Majlis Muhibah Negara - Jabatan Perpaduan Negara - Majlis Perundangan Negara Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 untuk merealisasikan kontrak yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malays