Maksud Rukun Negara


*Latar Belakang*

Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia. 

Hasil daripada perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) bagi melicinkan pemerintahan negara MAGERAN yang dipimpin oleh YAB Tun Abdul Razak.

MAGERAN terdiri daripada:-
-Majlis Muhibah Negara
-Jabatan Perpaduan Negara
-Majlis Perundangan Negara

Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 untuk merealisasikan kontrak yang dipersetujui oleh kaum-kaum utama di Malaysia.

*Konsep Rukun Negara*

1.Rukun Negara adalah sebagai ideologi kebangsaan dan telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970.
2.Rukun Negara merupakan satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat.
3.Mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.
4.Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

*Objektif dan Matlamat Rukun Negara*

-Untuk mencipta satu masyarakat yang adul supaya kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama.
-Untuk memelihara satu cara hidup demokratik.
-Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat dan negara.

*Prinsip-prinsip Rukun Negara*

1.Kepercayaan Kepada Tuhan
-Kepercayaan kepada agama ini akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara berdaulat.
-Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan.
-Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorangdan juga sesuatu bangsa dan negara.

2.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
-Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertua Agong sebagai Ketua Negara.
-Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak mempungai raja.
-Raja merupakan lambang perpaduan rakyat.

3.Keluhuran Perlembagaan 
-Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
-Perlembagaan memberi perlindungan kepada rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
-Perlembagaan menjadi sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan:-
   i.Sistem pemerintahan(eksekutif)
   ii.Perundangan(legislatif)
   iii.Kehakiman negara(judisiari)

4.Kedaulatan Undang-undang
-Kedaulatan undang-undang perlu diterima dan dipertahankan.
-Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.

5.Kesopanan dan Kesusilaan
-Sikap bersopan santun dan bersusila amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam kalangan anggota masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
-Prinsip ini menjadi panduan supaya:-
   i.Anggota masyarakat sentiasa bertindak dengan keperibadian bangsa.
   ii.Mengamalkan nilai-nilai murni ni negara ini.




*Pengajaran/Kesan daripada topik*

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengambil pengajaran daripada kelima-lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Negara kita. Ia memainkan peranan penting dalam memastikan keharmonian dan keamanan yang kita kecapi selama ini akan berkekalan sehingga je generasi yang akan datang.

Selain itu, dapat memperkukuhkan lagi perpaduan kaum yang terbentuk selama ini untuk mengelakkan berlakunya peristiwa hitam yang terpalit pada catatan sejarah negara kita iaitu Peristiwa 13 Mei 1969 yang menunjukkan kerapuhan perpaduan antara masyarakat Malaysia pada masa itu. Perkara tersebut terjadi apabila masyarakat saling bersangka buruk di antara kaum sehingga menyebabkan nyawa yang tidak bersalah tergadai begitu sahaja.

Justeru itu, Rukun Negara juga menitik beratkan konsep-konsep kerohanian terhadap Tuhan. Selain itu, menyentuh aspek-aspek menghormati undang-undang yang ada di Malaysia serta memupuk semangat sopan santun dan berbudi bahasa di kalangan masyarakat Malaysia. Seterusnya, nilai-nilai murni di antara kaum dapat tersemat dalam diri kita.

*Kesimpulan*

Kesimpulannya, Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip yang hanya dilafazkan dengan ikrar tetapi ianya menuntut kesungguhan setiap warganegara untuk menghayati dan mengamalkannya. Justeru, mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang kukuh maka pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dan kestabilan politik dapat dikekalkan dalam sistem pemerintahan negara yang bercorak demokratik.

Nama pensyarah
*Encik Mohd Faizal bin Mohd Pesa
Nama pelajar
*Nur Amila Husna binti Roslan
No matriks:14DHM20F1014
*Nur Ain binti Mohd Akhir
No matriks:14DHM20F1012

Comments

  1. Terima kasih..sangat membantu bgi student yng nk buat research tentang rukun negara..keep it up

    ReplyDelete
  2. Nk buat utk sejarah pun boleh nii. Ringkas dan senang utk difahami. Terima kasih.πŸ˜„

    ReplyDelete
  3. Terbaik terima kasih kerana membantu

    ReplyDelete
  4. sangat menarik dan sesuai utk dijadikan nota dan rujukan kepada pelajar.

    ReplyDelete
  5. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  6. Senang no buat research nnt, tqqqq..

    ReplyDelete
  7. senang sapa sapa nk buat presentation about rukun negaraaaa... πŸ€—

    ReplyDelete

Post a Comment